fbpx

50 kapal pelayaran bakal singgah melancong di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lada menjangkakan jumlah pelancong bakal bertambah pada tahun 2023 ekoran pertambahan bilangan kapal pelayaran yang memasuki ke perairan Langkawi.

PETALING JAYA – Langkawi menyasarkan untuk menerima kunjungan lebih daripada 20,000 penumpang kapal pelayaran menjelang suku kedua tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, kedatangan pengunjung ini bertepatan dengan masanya dalam usaha negara sedang memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik lalu.

Menurut beliau, kapal pelayaran memainkan peranan penting kepada pembangunan industri pelancongan di Langkawi selama ini.

“Kami mengalu-alukan kedatangan semula kapal pelayaran ke Langkawi dan kami berharap para pelancong akan menikmati percutian di pulau ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Nasaruddin menerangkan, daripada bulan Disember lalu hingga Mei 2023, sebanyak 10 kapal pelayaran dijangka berkunjung ke Langkawi dan dijangkakan kira-kira 2,000 penumpang berada dalam satu-satu kapal persiaran tersebut.

“Kami menjangkakan pada tahun depan, sebanyak 50 kapal pelayaran akan singgah dan melancong ke Langkawi seterusnya bertambah kepada 90 kapal menjelang tahun 2024,” ujarnya.

Tambah beliau, pada tahun 2019, Langkawi  menyaksikan kunjungan pelancong adalah seramai 3.9 juta orang bagaimanapun bilangan tersebut menurun pada tahun 2020 dan 2021 ekoran sekatan perjalanan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI