fbpx

Anjing laut gigit kepala penguin hingga putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OTTAWA, Kanada – Detik cemas seekor anjing laut leopard memburu penguin dan membaham kepala haiwan itu dirakam di perairan Antartika baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Jurugambar yang merakam detik tersebut, Yuri Choufour berkata, dia berada 18 meter daripada haiwan itu dan membuat rakaman selama 15 minit.

Menurut Choufour, singa laut itu ‘bermain’ dengan penguin tersebut sebelum membaham mangsanya.

Tambahnya, haiwan pemangsa tersebut membiarkan kepala penguin terapung di permukaan air seolah-olah mahu menunjukkan kejayaannya selepas memburu mangsa.

“Gambar yang saya rakam ini menunjukkan betapa alam semula jadi kadang kala boleh menjadi kejam dan ‘tidak berhati perut’.

“Sebagai perbandingan, manusia hidup dalam keadaan selesa sementara kebanyakan haiwan terpaksa bertarung untuk terus hidup,” katanya.

Ujar Choufour, detik tersebut merupakan saat bertuah yang sememangnya dinantikan oleh ramai jurugambar.

“Saya bertuah kerana berada di tempat betul pada masa yang tepat. Saya hanya perlu merakamnya.

“Berada dekat dengan pemangsa yang sedang memburu mangsanya di kawasan terpencil seperti Antartika adalah sesuatu yang sangat jarang dialami dan saya sangat bertuah dapat menyaksikannya,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI