fbpx

Selangor akui tiada syarat khusus aktiviti tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han menunjukkan pelan tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada sidang akhbar khas hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengakui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai syarat khusus bagi aktiviti tapak perkhemahan kerana aktiviti tersebut merupakan aktiviti sampingan dijalankan oleh pemilik hotel dan resort.

Ini seterusnya menjawab persoalan dakwaan pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm bahawa mereka tidak dapat membuat permohonan lesen operasi berkenaan kerana permit sedemikian memang tidak pernah wujud.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han bagaimanapun menegaskan, adalah wajar pengusaha itu memohon lesen perniagaan, namun tidak berbuat demikian.

“Saya rasa sekiranya tiada ‘spesific rule’ atau kategori boleh memohon, maka dia harus gunakan ‘common rule’ iaitu memohon lesen perniagaan.

“Mereka (Father’s Organic Farm) tiada lesen perniagaan sebaliknya cuma ada kelulusan Kebenaran Merancang untuk pembangunan pusat peranginan dan taman botani hingga Jun 2023,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung kejadian tanah runtuh di Batang Kali, hari ini.

Ketika ditanya pemberita adakah ini menunjukkan kelemahan PBT dalam penguatkuasaan termasuk dalam isu perkhemahan, Sze Han menjelaskan tapak perkhemahan bukan selalu berada di tepi jalan dan mudah dilihat orang ramai.

“(Kadangkala) di hutan dan tepi sungai serta maklumat itu bukan sentiasa dimaklumkan kepada PBT. Itu sebab bancian terkini perlu dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI