fbpx

Wanita rugi RM22,970, rumah kakak disabotaj ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tee (kiri) dan Zhi Li menunjukkan gambar sabotaj didakwa dilakukan sindiket serta salinan laporan polis ketika ditemui di Pejabat MCA Johor, Danga Bay, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja pasar raya di Singapura bukan sahaja mengalami kerugian lebih RM22,970, namun diburu ah long kerana enggan meneruskan pinjaman wang tidak berlesen dengan sindiket terbabit.

Menurut wanita berusia 32 tahun yang mahu dikenali sebagai Tee, isu itu bermula apabila dia tertarik dengan iklan syarikat pinjaman wang berlesen di Singapura di laman media sosial bagi tujuan pelaburan.

“Apabila saya klik pada pautan tersebut, ia dihubungkan dengan nombor WhatsApp seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah wakil syarikat tersebut.

“Dia menjelaskan untuk mendapatkan pinjaman sejumlah SGD50,000, saya perlu membayar tujuh peratus cukai kerajaan. Jadi, saya telah memindahkan duit ke akaun yang diberikan sebanyak SGD3,500 (RM11,485).

“Dia memberitahu saya berlakunya masalah ketika pemindahan wang dilakukan dan meminta saya untuk membayarnya semula dengan jumlah yang sama dan janji wang itu akan dikembalikan selepas pinjaman itu diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat MCA Johor di Danga Bay, di sini hari ini.

Tee memberitahu, setelah membayar SGD7,000 (RM22,970), lelaki yang dikenali sebagai Melvin itu memintanya untuk membayar lagi SGD6,000 (RM19,690) bagi bayaran guaman sebelum memaklumkan sudah tiada wang.

“Tindakan itu membuat dia marah dan mengarahkan saya untuk membayar kos pembatalan sebanyak RM7,500 (RM24,612),” katanya.

Katanya, dia hanya mengetahui menjadi mangsa penipuan setelah mendapat tahu lelaki terbabit bukanlah wakil syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan dan telah membuat laporan polis di Singapura pada 11 Disember lalu.

Tambahnya, sehari selepas laporan polis dibuat, dia bersama ibu dan kakak serta rakannya menerima beberapa mesej ugutan daripada nombor tidak dikenali yang memberi ugutan untuk membayarkan wang yang masih tertunggak.

“Pada 12 Disember lalu, mereka telah bertindak menyimbah cat merah ke rumah kakak saya di Skudai dan menghantar video mereka melakukan perbuatan itu kepada saya. Mereka turut meninggalkan nota di pagar rumah tertera nombor telefon untuk saya hubungi.

“Mereka turut menghantar mesej ugutan untuk membakar rumah dan kereta keluarga saya. Saya bimbang akan keselamatan mereka dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Heng Zhi Li berkata, beliau berharap pihak polis di Johor dan Singapura dapat bekerjasama bagi menyelesaikan kes tersebut memandangkan suspek masih bekerja berulang alik ke Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI