fbpx

Vida takut buat bariatrik, RM33,000 hangus begitu saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA

SIAPA sangka usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengakui pernah membayar sejumlah RM33,000 semata-mata mahu menunaikan impian untuk kelihatan cantik dan kurus menerusi pembedahan bariatrik.

Impian yang dirancang enam tahun lalu itu katanya terpaksa dibatalkan selepas secara tiba-tiba dia diserang perasaan takut hingga mendorongnya membatalkan keputusan tersebut.

“Saya akui dahulu memang nak nampak cantik dan kurus sehingga terfikir nak buat pembedahan potong usus, malah sudah bayar wang pendahuluan tetapi saya batalkan hasrat itu pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini saya turut terpengaruh dengan kawan-kawan yang pernah buat pembedahan pintasan usus sampai saya pun terfikir mahu mencuba,” katanya yang mengakui ada hikmah di sebalik pembatalan tersebut.

Menurut usahawan berusia 51 tahun itu, dia yang berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk keluaran syarikat sendiri berpesan kepada pengusaha produk pelansingan supaya jujur.

Mizz Lahar puji usahawan yang punya integriti begini kerana mereka berniaga dengan jujur dan tidak menipu pelanggan kononnya telah berjaya kuruskan badan disebabkan ambil produk, sedangkan ia sebaliknya.

MIZZ LAHAR: Tertanya-tanya Janna Nick dengan Dini Schatzmann kawan biasa atau masih berkasih? Mizz Lahar tanya je.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI