fbpx

Banjir: LHDN bantu bersihkan rumah kakitangan dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Skuad Sukarelawan Banjir HASiL Peringkat Negeri Pahang menyantuni kakitangannya yang terjejas akibat banjir di sini baru-baru ini.

LHDN dalam satu kenyataan media berkata, seramai 19 pegawai dan staf Skuad Sukarelawan Banjir HASiL telah terlibat dalam Misi Bantuan (Pembersihan) secara gotong-royong di rumah mereka.

“Selain aktiviti pembersihan, dalam program yang berlangsung pada 20 Disember 2022 itu, kakitangan LHDN yang terjejas banjir turut menerima sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Sebagai makluman, Skuad Sukarelawan Banjir HASiL diwujudkan khusus untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir khususnya dalam kalangan kakitangan LHDN di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut LHDN, usaha yang diambil itu bukan sahaja bertujuan untuk menampilkan LHDN sebagai sebuah organisasi yang prihatin, malah ia juga bagi memastikan hubungan antara kakitangan LHDN sentiasa erat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI