HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang hilang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan hujan lebat di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pada petang ini.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor.
Kelihatan anggota penyelamat juga telah keluar dari lokasi kejadian kerana bimbang situasi tersebut akan merisikokan lagi keselamatan para anggota.
Sehingga kini, mangsa yang masih belum ditemui adalah seramai tujuh orang, manakala 26 mangsa telah disahkan maut. -KOSMO! ONLINE