HULU SELANGOR – Laungan azan dikumandangkan di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pagi tadi.
Ia dilakukan oleh seorang anggota bomba sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan.
Penemuan mayat kanak-kanak wanita sekitar 11.15 malam tadi dan seorang mayat lelaki dewasa sekitar pukul 11.50 pagi tadi telah memberikan perkembangan positif kepada pasukan operasi untuk terus meneruskan usaha pencarian.
Sehingga kini, baki lagi tujuh mangsa masih belum ditemui daripada keseluruhan mangsa terlibat yang berjumlah 94 orang. – KOSMO! ONLINE