fbpx

Perak akan pasang CCTV di lokasi pembuangan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri dalam perancangan untuk mengenal pasti lokasi terperinci bagi pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) untuk memantau lokasi pembuangan sampah haram sekali gus memastikan aspek keselamatan terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, kawasan di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memang sudah ada perancangan untuk menambah baik kemudahan awam dengan pemasangan litar kamera termasuk kawasan Menglembu.

“Untuk pengetahuan, kawasan di bawah MBI ini memang ada perancangan untuk menambah baik kemudahan awam dengan pemasangan litar kamera termasuk juga di kawasan Menglembu.

“Buat masa ini, kami memang dalam perancangan untuk mengenal pasti lokasi terperinci yang sesuai dan perlu diberi keutamaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sementara itu, Sandrea berkata, pihak MBI juga mendapati isu sampah yang sentiasa berlonggokan dan memenuhi tong sampah roro di Pasar Menglembu dipercayai laluan sekitar tong roro tersebut terhalang dengan penjaja di kawasan sekitar.

“Buat masa ini tong roro ditarik sebanyak sekali sehari laitu pada sebelah petang. Bagaimanapun, penjaja atas jalan di sekitar tong roro menjadi penghalang untuk menarik tong roro tersebut,” katanya.

Menurutnya, MBI akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Adun Menglembu untuk berbincang bagi menempatkan penjaja-penjaja di kawasan yang sesuai supaya operasi pembersihan tong roro dapat dilakukan sebanyak dua kali sehari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI