fbpx

Muhyiddin sahkan telah terima writ saman Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) dan Anwar.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan seterusnya.

“Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya hari ini.

Semalam Anwar memfailkan saman terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor dalam satu ceramah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tuntutan saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi pada pukul 10.30 pagi menerusi firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhyiddin didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sewaktu kempen PRU15 pada 5 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI