fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga 25 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri sehingga 25 Disember ini.

Amaran Kategori Pertama melibatkan angin kencang diramalkan berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Perairan terlibat adalah di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Barat Samui, Selatan Bunguran, Selatan Reef South serta Labuan.

Amaran Kategori Kedua pula adalah angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Perairan terlibat diramalkan di Timur Samui, Tioman, Utara Bunguran, Tenggara Reef North, Utara Reef South, Layang-Layang dan Timur Palawan.

Manakala amaran Kategori Ketiga dengan angin kencang berkelajuan lebih 60 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian lebih 4.5 meter dikeluarkan bagi perairan Condore, Reed North dan Barat Palawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI