fbpx

Kanak-kanak 8 tahun lemas di taman tema air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak perempuan lemas ketika bermandi-manda di taman tema air di sebuah resort, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa, Puteri Sofeà Hanis Dania Jamaluddin, 8, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa dikatakan lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman kira-kira satu meter.

“Mangsa datang ke taman tema air itu bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti terdiri daripada 79 buah keluarga dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor.

“Ketika melakukan aktiviti, mangsa dikatakan lemas dan petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kolam tersebut merupakan kolam renang berombak dan akan bergelombang selama 10 minit bagi setiap 20 minit.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan punca kematian adalah disebabkan lemas.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI