fbpx

Tanah runtuh: Operasi SAR hari ke-6, fokus pada baki 8 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR bagi mencari lapan lagi mangsa tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands diteruskan pagi ini.

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keenam selepas berjaya menemukan 25 mayat mangsa di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini.

Difahamkan, pasukan SAR telah digerakkan menyambung operasi tersebut sekitar pukul 8 pagi tadi selepas menangguhkannya pada pukul 12 tengah malam tadi.

Sekitar pukul 11.20 malam tadi, mangsa ke-25 ditemui yang juga merupakan kanak-kanak perempuan di sektor C kawasan tanah runtuh tersebut.

Susulan penemuan itu, seramai lapan lagi baki mangsa menjadi fokus utama dalam usaha SAR yang dijalankan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, sejumlah 94 peserta perkhemahan di lokasi kejadian berdepan detik ngeri ekoran kejadian tanah runtuh pada Jumaat lalu.

Setakat ini, 61 mangsa berada dalam keadaan selamat dan cedera, manakala 25 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (lelaki), tiga kanak-kanak (Perempuan), 13 dewasa (wanita) dan empat dewasa (lelaki). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI