KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang turun kepada 221 orang yang melibatkan 62 keluarga berbanding 873 orang direkodkan semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 62 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan.
“Seramai 138 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, PPS SK Sg Ular (38 mangsa daripada 10 keluarga) dan 45 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Chendor”katanya di sini hari ini.
Menurutnya pada masa ini Sungai Keratong di Rompin berada pada paras bahaya manakala kesemua sungai utama lain di negeri ini berada pada paras waspada. – KOSMO! ONLINE