SHAH ALAM – Cerun-cerun yang berusia lebih 30 tahun di seluruh negara terutama di kawasan ekologi rapuh seperti lereng-lereng bukit ibarat bom jangka kerana tambakan itu berisiko tinggi runtuh pada bila-bila masa. Perubahan iklim dan cuaca ekstrem ketika ini dengan kadar taburan hujan lebat serta berpanjangan turut ‘membantu’ lagi proses hakisan tanah khususnya di lokaliti cerun lapang tanpa dilitupi pokok atau tumbuh-tumbuhan. Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaafar berkata, cerun-cerun ‘tua’ terutama yang tidak mengikut spesifikasi atau kurang penyelenggaraan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya