fbpx

Sembilan mangsa tanah runtuh di Batang Kali pencarum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan Perkeso kepada ibu Nurul Azwani, Siti Esah ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam. Nurul Azwani meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali Jumaat lalu. – FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengenal pasti sebanyak sembilan mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat lalu merupakan pencarumnya.

Jumlah itu diperoleh selepas Perkeso bersama Kementerian Sumber Manusia membuat semakan mengenai mangsa-mangsa terbabit.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, hanya enam daripada mereka dijumpai dan disahkan maut termasuk Nurul Azwani Kamarulzaman, 31.

“Sejurus mendapat tahu tentang tragedi ini, saya telah mengarahkan Perkeso, agensi kementerian untuk membuat semakan tentang mangsa-mangsa yang terlibat jika mereka di bawah perlindungan Perkeso.

“Semakan mendapati Nurul Azwani adalah pencarum Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan melayakkan waris beliau (ibu) menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000, Pencen Penakat lebih kurang RM238 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat penyerahan bantuan FPM secara one-off seba­nyak RM2,000 serta pengagihan Pencen Penakat RM238 sebulan sepanjang hidup kepada ibu Nurul Azwani, Siti Esah Hassan, 53, di sini semalam.

Menurut Sivakumar, pihaknya amat bersimpati atas tragedi yang menimpa 94 mangsa terlibat sehingga mengorbankan 24 orang, manakala sembilan lagi belum ditemui.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berharap perlindungan ditawarkan pihaknya dapat meringankan bebanan yang perlu ditanggung oleh waris dan keluarga yang ditinggalkan oleh pencarum.

“Bantuan secara one-off telah disalurkan kepada waris enam mangsa maut yang telah dikenal pasti manakala bayaran pencen penakat juga dikira bermula pada hari kematian mangsa dan akan disalurkan setiap bulan sepanjang hayat bagi waris yang merupakan suami atau isteri atau ibu bapa sah mangsa.

“Jika waris adalah adik beradik mangsa, ia akan disalurkan sehingga waris berusia 21 tahun atau ijazah pertama,” katanya ketika ditemui di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI