fbpx

Banjir: Operasi perkhidmatan tren KTM Intercity tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Laluan kereta api bagi laluan Tumpat ke Tanah Merah ditutup sementara bagi perkhidmatan tren sektor Pantai Timur kerana ditenggelami air.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi satu kenyataan berkata, laluan itu ditutup disebabkan berlakunya kejadian banjir di antara Pasir Mas ke Tanah Merah di kilometer 490.00 hingga kilometer 493.00.

“Aturan operasi perkhidmatan tren KTM Intercity bagi laluan tersebut antaranya tren nombor 26 dan 27 (Ekspres Rakyat Timuran) laluan Johor Bahru Sentral ke Tumpat dan sebaliknya. Perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah.

“Bagi perkhidmatan tren shuttle nombor 51, 52, 55, 56, 57, 60 bagi laluan Tumpat – Dabong – Gua Musang – Kuala Lipis dan sebaliknya pula, perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah,” katanya.

Selain itu menurutnya, bagi perkhidmatan tren shuttle nombor 53 dan 58 (Tumpat – Gua Musang – Tumpat), perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah.

“Perkhidmatan tren shuttle 34, 35, 36, 37, 50 dan 59 bagi laluan Gua Musang – Kuala Lipis – Gemas dan sebaliknya, ia beroperasi seperti biasa. Tiada perkhidmatan bas akan disediakan dari Tanah Merah ke Tumpat dan sebaliknya,” katanya.

Menurutnya lagi, para penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh membuat pembatalan tiket dan mendapatkan pemulangan tambang mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.

“Sebarang pindaan operasi tren dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air sungai di sektor Pantai Timur,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari
saluran media baharu rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI