fbpx

Pengajaran jadi wanita lebih baik, Hawa Rizwana mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengacara sedang meningkat naik, Hawa Rizwana mengakui kesilapan berpakaian ketat dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran mematangkan. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Pengacara Hawa Rizwana memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dan terasa hati tentang isu pakaiannya yang dikatakan terlalu ketat sehingga mendapat teguran ‘pedas’ daripada khalayak.

Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan tidak sangka pakaian berupa seluar kulit hitam yang digayakan dalam sebuah majlis mendapat perhatian masyarakat dan dilabel sebagai tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

“Tentang isu pakaian saya baru-baru ini, sebenarnya baju yang saya gayakan itu labuh. Cuma gambar yang saya kongsikan dalam media sosial diambil dari sudut yang tidak sesuai. Jadi nampak tidak sopan.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Memang saya rasa tidak seronok bila pakaian yang saya gayakan tidak disenangi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, personaliti berusia 27 tahun itu juga mengakui tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak, namun terbuka menerima teguran supaya lebih berhati-hati untuk masa akan datang.

“Sejujurnya saya tiada niat untuk buat sesiapa sahaja sakit hati. Bila ada yang menegur, saya ambil teguran itu secara positif.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sesuatu dalam media sosial,” katanya.

Disoal sama tidak pernah serik selepas pernah ditegur sebelum ini atas isu sama, pengacara program MeleTOP itu menjelaskan, dia masih belajar untuk menjadi wanita yang lebih baik dan bersedia menerima teguran secara positif.

“Memang saya pernah ditegur sebelum ini tentang bab berpakaian. Saya masih lagi belajar untuk menjadi lebih baik.

“Kalau rasa rasa teguran itu boleh jadikan saya manusia yang lebih baik, kenapa tidak? Saya pun tidak mahu jadi suri teladan yang tidak baik. Terima kasih pada mereka yang menegur,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Hawa teruk dihentam netizen apabila berpakaian terlalu ketat sehingga dinasihatkan agar tidak tenggelam dalam arus populariti dan dunia glamor.

Hawa sebelum ini juga pernah dikritik kerana memakai pakaian sukan yang ketat sehingga menampakkan bentuk potongan badannya ketika melakukan aktiviti sukan berbasikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN