fbpx

Piala Dunia: Zidane terpaksa tunggu lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS (tengah) bersama para pemainnya bertemu para peminat di Hotel de Crillon di Paris selepas tiba dari Doha awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Legenda Perancis, Zine­dine Zidane mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk merealisasikan impiannya sebagai pengendali Les Bleus apabila ketua jurulatih semasa, Didier Deschamps seakan masih mendapat sokongan daripada ramai pihak untuk terus kekal mengemudi pasukan berkenaan.

Selepas mendapat sokongan daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mahu Deschamps kekal dalam pasukan, Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) juga dilaporkan tidak mahu menunggu lebih lama bagi membincangkan masa depan pengurus berkenaan dengan memberikan kontrak lanjutan baharu.

Ketika ini, Deschamps dijangka diberikan lanjutan kontrak untuk cuba memburu kejayaan pada saingan Euro 2024, malah Presiden FFF, Noel Le Graet juga berjanji akan segera bertemu jurulatih itu selewat-lewatnya hari ini.

“Saya akan menghubunginya (Deschamps) selepas dia pulih daripada kekecewaan ini. Kami akan mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk membincangkan banyak perkara terma­suk isu kontrak,” kata Le Graet.

Sebelum ini, Zidane yang juga bekas pengendali gergasi Sepa­nyol, Real Madrid sering dikaitkan untuk mengisi jawatan pengendali Les Bleus, namun kini beliau terpaksa terus menanti jika Deschamps masih mendapat kepercayaan untuk kekal membimbing pasukan itu.

Deschamps juga memba­yangkan kedudukan sebenar­nya mungkin akan diketahui pada awal tahun depan selepas pertemuan rasmi dilakukan de­ngan pimpinan tertinggi FFF.

“Kamu bukan orang pertama yang bertanyakan soalan ini. Jika kami menang perlawanan akhir ini sekali pun, saya juga tidak dapat memberikan jawapan segera tentang masa depan saya.

“Sudah tentu, saya, pemain dan kakitangan sedih dengan keputusan ini, tetapi saya perlu bertemu dengan presiden FFF dan selepas itu baharu kita akan tahu,” kata Deschamps. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI