fbpx

Amber Heard selesai tuntutan mahkamah kes fitnah aktor Johnny Deep

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johnny Depp (kiri) dan Amber Heard. - AFP

LOS ANGELES – Aktres terkenal, Amber Heard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah kes fitnah yang sebelum ini dikemukakan oleh bekas suaminya, aktor Johnny Depp, demikian menurut satu kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya seperti dilaporkan CNN semalam.

Heard, 36, berkata, dia tidak membuat pengakuan bersalah dan penyelesaian itu bukan tindakan yang menunjukkan bahawa aktres berkenaan menyerah kalah dalam kes fitnah tersebut. 

Sebelum ini, Depp, 56, menyaman pelakon filem Gully itu kerana memfitnah selepas Heard mendakwa aktor tersebut menderanya dalam ruangan pendapat akhbar The Washington Post pada tahun 2018.

Heard, 36, sebelum ini diperintahkan membayar ganti rugi lebih AS$10 juta (RM44.35 juta) kepada Depp manakala aktor tersebut diarah membayar Heard AS$2 juta (RM8.87 juta) selepas dia memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya itu.

Saman balas tersebut menuduh aktor yang pernah berlakon dalan filem Pirates of the Caribbean itu memfitnahnya selepas peguam Depp, Adam Waldman menganggap dakwaan penderaan yang didakwa Heard sebagai satu penipuan.

 “Saya membuat keputusan ini kerana hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang Amerika,” kata Heard.

Aktres itu memfailkan rayuan dalam kes fitnah itu pada awal bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI