fbpx

Dr. Amalina kesal anak terima komen lucah isu khatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Amalina

PETALING JAYA – Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan lucah individu tidak bertanggungjawab berkaitan isu khatan, baru-baru ini.

Isu itu tercetus apabila Dr. Amalina menerusi siri ‘Ask Me A Question’ di Instagramnya menjawab soalan daripada pengikutnya berhubung perkhidmatan sunat bayi di United Kingdom.

Dr. Amalina menjawab, perkhidmatan itu tiada kerana menyunatkan anak perempuan dikategorikan sebagai melanggar undang-undang di negara tersebut.

“Kenyataan di sesi Q&A di Instagram menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan pengikut diambil penulis artikel tabloid untuk dijadikan bahan berita mereka.

“Tidak pernah saya mmepertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun kesal dengan tindakan beberapa media yang menggunakan tajuk artikel yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah dan kontroversi.

“Saya berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini tetapi mengambil keputusan untuk bersuara kerana sesetengah lelaki Melayu Islam (dan juga perempuan) membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuan saya yang hanya berusia sembilan minggu,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau tidak kisah jika kata-kata tersebut ditujukan kepadanya, namun adalah melampau apabila kenyataan berbaur lucah ditujukan kepada anaknya yang tidak berdosa sekali gus meminta agar anaknya tidak diganggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI