fbpx

Tanah runtuh: Cuaca mendung, pasukan SAR masih beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat baki sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali-Genting Highlands, di sini, masih diteruskan sejak pukul 8 pagi tadi.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati cuaca kini dilihat mendung dan setakat pukul 5 petang ini, masih tiada kemaskini daripada pihak SAR berkenaan penemuan sembilan lagi mangsa tragedi terbabit.

Sebelum ini, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pencarian akan difokuskan di Sektor C (Riverside) sehingga ke atas (hill side).

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 28 anggota pasukan ‘sweeper’ dikerahkan ke kawasan ‘ground zero’ sehingga Sungai Kendondong sejauh tiga hingga empat kilometer. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI