ANAK perempuan Krisdayanti bersama komposer Anang Hermansyah, Aurel mencetuskan pertanyaan ramai apabila membeli papan iklan di beberapa kawasan Jakarta Barat.
Lebih menjadi persoalan, papan iklan tersebut memperlihatkan isteri Atta Halilintar itu memakai kemeja putih dengan tagline #PastuSejahtera seperti sedang berkempen bagi sebuah pilihan raya.
Perkara tersebut menjadi bahan spekulasi dalam kalangan netizen yang berpendapat Aurel bakal memasuki bidang politik dan bertanding sebagai calon wakil rakyat.
Beberapa rakan selebriti turut memuat naik papan iklan Aurel dalam Instagram Story dengan memberi kata-kata semangat.
Atta turut memuat naik status sama dengan memuji semangat Aurel yang mahu membantu orang kurang berkemampuan.
Bagaimanapun, segelintir netizen tidak percaya dan menjangkakan perkara tersebut sekadar gimik bagi mempromosi sesuatu produk miliknya.
“Tidak mungkin politik, ‘marketing’ ya!” ujar netizen.