fbpx

Bajet Mini diluluskan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang melibatkan perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

Anwar semasa membuat pembentangan memaklumkan, anggaran perbelanjaan di bawah RUU itu antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

“Begitu juga projek-projek pembangunan yang sedang berjalan perlu diteruskan terutamanya projek pembaikan dan penyelenggaraan seperti sekolah daif, jalan raya, hospital serta klinik kesihatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI