fbpx

Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Bandar Seri Jempol petang tadi.

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Bandar Seri Jempol, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Razali Mohamad Nudin, 57, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas dalam perjalanan dari rumahnya ke kedai runcit di Bandar Seri Jempol.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai diserang sawan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terbabas ke arah jalan bertentangan.

“Mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Polis Seri Jempol dan dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI