fbpx

Kisona ‘angkat kaki’ tinggalkan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA mahu memberikan tumpuan terhadap pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya.

PEMAIN perseorangan wanita negara, S. Kisona dengan berat hati terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional bermula Januari depan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu tidak memiliki pilihan lain selain ‘angkat kaki’ daripada badan induk sukan badminton negara bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap pemulihan kecederaan lututnya.

Kisona menjelaskan, dia mungkin memerlukan tempoh lebih kurang tiga minggu bagi memastikan kecederaan itu pulih sepenuhnya sebelum melakukan perancangan mengenai kejohanan yang bakal disertai tahun depan.

“Saya rasa ramai yang tidak sedar dengan kecederaan yang saya alami dan memang sudah berusaha sebaik mungkin dalam setiap kejohanan disertai. Bagaimanapun, saya memilih untuk bermain bagi jangka masa lebih panjang.

“Sekiranya tidak ada proses pemulihan yang baik dalam jangka masa tertentu, mungkin kecederaan itu akan berterusan. Demi perancangan lebih baik, saya fikir perlu berikan tum­puan untuk pulih,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu merupakan salah seorang pemain yang dikecam hebat pada musim ini selepas me­nunjukkan penurunan prestasi akibat kecederaan lutut dialami.

Tambah Kisona, apabila bergerak secara profesional, dia akan memiliki masa yang lebih fleksibel, sekali gus memudahkannya untuk menyusun jadual kejohanan seiring dengan tempoh pemulihan kecederaan lutut.

Sementara itu, Pengarah Pres­tasi Tinggi BAM, Dr. Tim Jones turut mengumumkan 12 nama pemain yang dilepaskan daripada persatuan itu termasuk perseorangan lelaki, Lim Chong King dan perseorangan wanita, Myisha Mohd. Khairul.

Dalam pada itu, turut meng­ikut jejak langkah Kisona yang meninggalkan BAM dan bergerak secara profesional adalah pemain beregu lelaki, Low Hang Yee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI