HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini yang hilang pada hari keempat masih belum ditemui setakat pukul 3 petang hari ini.
Perkembangan itu menyaksikan jumlah individu yang dilaporkan hilang kekal sembilan orang dengan 24 mangsa maut dalam insiden tersebut.
Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati pasukan SAR yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat meneruskan pencarian di lokasi tanah runtuh sejak pukul 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE