fbpx

Dewan Rakyat terkesan, sedih kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini telah menzahirkan ucapan takziah kepada individu dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada 16 Disember lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dewan juga amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa yang terdiri daripada warganegara kita termasuk kanak-kanak dan warga asing.

Sehingga kini jelas Perdana Menteri, seramai 61 mangsa telah berjaya ditemui dan sebanyak 24 mangsa telah dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan lagi masih tidak dijumpai.

“Kerajaan juga telah umumkan bantuan segera kepada mangsa iaitu sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa yang terselamat dan RM10,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

“Berdasarkan kepada NADMA, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan PDRM selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian, hampir 700 anggota daripada 16 agensi telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta pengurusan lain di tempat kejadian sebaik sahaja Pos Kawalan Tempat Kejadian dibuka hingga ke hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Usul Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

“Justeru, dewan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di Ground Zero utamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan juga pasukan khas yang terdiri daripada pasukan SMART, STORM, MUST, PGA dan pasukan unit khas K9.

“Turut terlibat agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Telekom Malaysia dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata, Pihak Berkuasa Tempatan diarah untuk memantau dan mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan di negeri masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI