Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
PUTRAJAYA – Sebanyak 629 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada tiga kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 18,758 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 627 kes adalah penularan tempatan manakala dua kes import dari New Zealand dan Singapura.
“Tiga kluster yang dikesan hari ini ialah Kluster Merbok di Selangor, Kluster Buntar membabitkan negeri Perak, Kedah dan Putrajaya serta Kluster Lekir yang dikesan di Perak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, enam lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 176 kes kematian. -K! ONLINE