fbpx

Kematian bayi di perhentian bas Jelukong kemungkinan akibat jangkitan darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi berusia tiga bulan telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei.

KUCHING – Kematian bayi di perhentian bas Jelukong, Sri Aman pada 9 Disember lalu kemungkinan berpunca akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis).

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata ia berdasarkan laporan yang diperolehi daripada temu bual bersama ibu bapa, rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi berkenaan.

“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin menasihati orang ramai agar membawa bayi atau anak mereka ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital) terdekat dengan segera sekiranya mendapati bayi atau anak tidak sihat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil daripada laporan akhir ke atas kes yang tular di media sosial itu, bayi berusia tiga bulan berkenaan telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember 2022, bertujuan mendapatkan rawatan tradisional.

Katanya ibu bayi itu menyedari bahawa bayinya tidak bernafas semasa mereka berhenti di perhentian bas berkenaan.

“Bayi telah dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan telah meninggal dunia di hospital berkenaan. Bagaimanapun, bedah siasat tidak dilakukan kerana pihak keluarga tidak bersetuju.

“Mayat bayi tersebut kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan dikebumikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI