fbpx

30,000 pelancong serbu Kampung Portugis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka bergotong-royong menghias pentas sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini.

MELAKA – Limpahan cahaya lampu berwarna-warni di Kampung Portugis, Ujong Pasir di sini dijangka menarik kunjungan pelancong seramai 30,000 sempena sambutan Krismas, 25 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Portugis, Marina Danker berkata, sebanyak 118 buah rumah terus mengekalkan tradisi menyambut perayaan itu dengan sinaran lampu dan perhiasan menarik.

Menurutnya, kira-kira 1,400 penduduk mula membuat persiapan awal menghias rumah masing- masing sejak awal bulan ini.

“Pokok-pokok krismas sudah mula terdapat di rumah penduduk dihiasi dengan pelbagai lampu limpah bagi menambah tarikan.

“Tahun kita jangka antara 20,000 hingga 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke Kampung Portugis.

“Sambutan tahun ini dijangka lebih meriah memandangkan sanak-saudara dari Singapura khususnya serta dari luar negara akan pulang ke sini untuk menyambut Krismas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambah Marina, sambutan di kampung tersebut telah bermula Ahad lalu dengan meraikan hampir 400 kanak-kanak dalam satu majlis gilang gemilang.

Katanya, majlis tersebut bukan sahaja meraikan kanak-kanak di kampung berkenaan tetapi turut disertai pelbagai kaum termasuk dua Santa Claus.

“Bagi sambutan kali ini, orang ramai yang membawa kereta tidak lagi dibenarkan masuk ke kampung.

“Sebaliknya perlu meletakkan kenderaan di luar kerana hendak mengelak berlaku kesesakan teruk seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI