fbpx

Pakaian terlalu ketat, Hawa Rizwana ‘disekolahkan’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Hawa Rizwana yang tidak disenangi peminatnya.

PETALING JAYA – Gara-gara dirasakan berpakaian terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej berhijabnya dalam sebuah acara, pengacara meningkat popular, Hawa Rizwana ‘disekolahkan’ netizen.

Hos MeleTOP itu dinasihatkan supaya tidak tenggelam dalam arus populariti dan dunia glamor, sebaliknya kekal menjaga imej Muslimah yang bukan sekadar bertudung bahkan dari segenap aspek.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang mengenakan seluar hitam kulit dan dipadankan dengan baju-T berwarna gelap serta jaket pelengkap gaya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen hantaran pengacara kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu mendapati rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan pengacara itu yang jelas tidak sesuai dengan imej sopan yang sinonim dengannya selama ini.

Perubahan gaya Hawa juga dikatakan berpunca selepas beralih angin ke sebuah lagi stesen televisyan gergasi tanah air.

“Dahsyat sekarang ye, bukan makin ditutup, ini makin dibuka ni. Hebat sejak tukar stesen televisyen ye, makin seksi. Lupa tarikan lelaki kan?,” komen seorang netizen.

“Maaf Hawa, pakaian sebegini tidak sesuai. Tidak melambangkan ciri seorang muslimah. Tegur demi saudara sesama Islam,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu terdapat juga orang ramai yang terdiri daripada pengikutnya yang turut mendoakan Hawa supaya kekal istiqamah dalam menutup aurat sebaik-baiknya.

“Ingat kakak, ingat tujuan kita bertudung, tidak mengapa, saya doakan yang baik-baik sahaja buat kakak, moga kakak kembali istiqamah,” komen pengikutnya di Instagram.

“Semoga Hawa sentiasa membaca komen dan nasihat orang ramai, orang bukan nak kecam sangat, orang mahu Hawa menjadi yang terbaik, jangan larut dengan dunia fesyen yang tidak memberikan kita apa-apa,” ujar peminat di ruangan komen.

Terdahulu, pengacara yang berusia 27 tahun itu pernah dikecam kerana mengenakan pakaian sukan terlalu ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI