fbpx

Banjir: Bandar Pasir Puteh belum lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam bandar lama Pasir Puteh yang terjejas banjir semalam.

PASIR PUTEH – Bandar Pasir Puteh di sini belum lumpuh dan masih boleh dilalui kenderaan meskipun terjejas banjir ekoran hujan lebat sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata, bagaimanapun, terdapat beberapa jalan untuk ke bandar ditutup berikutan paras air naik sejak semalam.

Menurutnya, keadaan bandar Pasir Puteh ketika ini lengang apabila beberapa jalan utama ditutup selain penduduk tidak keluar berikutan cuaca masih hujan.

“Bandar lama Pasir Puteh tidak lumpuh seperti yang tular di media sosial. Hanya kawasan kampung sahaja dinaiki air dan pihak penyelamat daripada pelbagai agensi bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Penduduk di kawasan rendah perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara tanpa perlu paras air terus meningkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zaizul Rizal berkata, laluan utama di Pasir Puteh yang ditenggelami air ketika ini adalah Jalan Kota-Kuala Terengganu, Jalan Gaal (Kilometer 33.5-TNB Gaal) dan Jalan Panggong Tiga Daerah (Kilometer 32 Jalan Kota Bharu- Kuala Terenganu) telah ditutup.

Katanya, selain itu, Jalan Gaal-Kampung Bukit, Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih (Kampung Surau, Kampung Saring, Klinik Jeram, Kampung Telipot) dan Jalan Pasir Puteh – Semerak turut ditutup untuk laluan kenderaan.

Terdahulu, tular di media sosial maklumat yang mengatakan bandar lama Pasit Puteh di sini lumpuh ekoran banjir dan hujan lebat berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI