DOHA – Seorang peminat Argentina yang mendedahkan payu daranya berisiko dipenjarakan selepas dia terlalu bergembira meraikan kemenangan dramatik pasukan bola sepak Piala Dunia negaranya di Stadium Lusail, Qatar, lapor portal berita The Sun hari ini.
Selepas sepakan penalti Gonzalo Montiel, kamera televisyen tetumpu kepada peminat-peminat Argentina yang gembira dan seorang wanita berambut perang meraikannya dengan tidak memakai baju.
Permainan itu dipuji sebagai salah satu perlawanan akhir Piala Dunia terbaik selepas Argentina mengatasi Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti berikutan keputusan pada masa tambahan ialah seri 3-3.
Peminat itu berkemungkinan dikenakan denda yang besar atau malah dipenjarakan jika kerana berkelakuan tidak senonoh itu di tempat duduk Stadium Lusail, Doha, berdasarkan undang-undang tempatan.
Walaupun wanita bukan dari Qatar tidak perlu memakai abaya iaitu jubah hitam panjang dengan menutupi bahagian tengah dan bahu badan manakala skirt, gaun dan seluar mesti menutup lutut si pemakai pakaian tersebut.
Wanita-wanita yang datang ke negara Arab juga dilarang memakai pakaian ketat atau mempamerkan sebarang aurat di bahagian sensitif pada tubuh badan masing-masing.
Peminat-peminat segera menggunakan media sosial untuk memberi gambaran bahawa wanita itu berisiko ditangkap kerana undang-undang konservatif negara tersebut yang sangat ketat.
Seorang netizen menulis: “Saya nampak dia, sangat berani! dia akan ditangkap di sana jika tidak berhati-hati,’ dan seorang lagi mengulas: “Ditangkap secara langsung di TV”. – Agensi