fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan naik 8,637 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Rantau Panjang malam tadi. FOTO IHSAN APM

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 8,637 orang melibatkan 2,583 buah keluarga susulan hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, sebanyak 80 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah setakat ini.

Menurutnya, Tumpat merupakan daerah terbaharu terjejas banjir apabila tiga PPS dibuka yang menempatkan seramai 223 orang mangsa.

“Daerah Pasir Mas paling teruk terjejas apabila melibatkan 3,486 orang mangsa yang ditempatkan di 18 PPS diikuti Tanah Merah dengan 1,321 orang mangsa.

“Kuala Krai melibatkan seramai 773 orang mangsa di 12 PPS, Jeli (202 mangsa), Kota Bharu (396 mangsa), Bachok (448 mangsa), Machang (814 mangsa) dan Pasir Puteh (974 mangsa),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Hanif, daerah Gua Musang setakat ini masih lagi tidak terjejas banjir.

Katanya, air di Sungai Kelantan di Tangga Krai berada pada paras amaran manakala di Tambatan Diraja, Kota Bharu masih berjaga-jaga.

Ujarnya, paras air Sungai Golok di Jenob, Rantau Panjang dan Kuala Jambu ketika ini menunjukkan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI