fbpx

Stokin RM2.40 PM jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar stokin yang dipakai Anwar berharga RM2.40.

PETALING JAYA – Stokin yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menarik perhatian orang ramai.

Gambar stokin Anwar mula menjadi bualan ramai di platform Twitter kerana dipercayai dari jenama biasa yang dijual dengan harga RM2.40 sahaja.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata rakyat teruja kerana Ahli Parlimen Tambun itu tidak memilih untuk memakai pakaian berjenama mewah sahaja.

Malah, ada juga yang netizen yang mahu membeli stokin yang sama kerana mahu mengikut gaya Perdana Menteri.

“Stokin PM pakai itu stokin kedai Eco,” kata Syahrul.

“Okey, nak beli juga,” ujar Ernie.

“Baru nak beli stokin mahal, tak jadilah macam ini,” kata Haha.

“Lepas ini pergi Eco mesti stokin ini dah habis,” seloroh Teja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI