fbpx

Tanah runtuh: Hujan lebat, operasi kesan baki 9 mangsa ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berehat selepas menjalankan kerja-kerja SAR di tapak tragedi tanah runtuh. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditangguhkan sejak pukul 8.15 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jika cuaca mengizinkan operasi akan disambung semula, namun jika kekal berlarutan buruk, akan ditangguh ke esok pagi.

“Operasi ditangguhkan, sehingga hujan berhenti dan penilaian akan dibuat semula berdasarkan struktur kekuatan tanah.

“Kalau hujan masih tidak berhenti, operasi disambung esok pagi,” katanya, disini.

Sehingga kini, masih tiada perkembangan terkini penemuan mangsa, menjadikan mangsa maut kekal 24 orang, manakala 9 lagi masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI