fbpx

Justin Hoh juara perseorangan badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Justin Hoh (kiri) memenangi pertandingan badminton akhir di Perlawanan Petronas Malaysia International challenge 2022 di Arena Badminton Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pasangan Muhammad Haikal Nazri-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh hari ini.

Mereka mengambil masa 32 minit untuk menyingkir Goh Boon Zhe-Goh Sze Fei 21-17, 21-16 dalam final di Arena Badminton Perak.

Turun selaku pilihan ke-lima kejohanan Izzuddin beraksi cemerlang untuk menumpaskan bekas rakan beregunya Sze Fei. Selaku juara, pasangan itu meraih RM8,887.50. Sementara Boon Zhe-Sze Fei menerima RM4,275.

Sementara itu, Justin Hoh muncul juara perseorangan lelaki selepas menundukkan Aidil Sholeh dalam pertarungan tiga set .

Tumpas set pertama 18-21, Justin, 18 bangkit dalam baki dua set untuk menafikan pemain pilihan ke-11 kejohanan itu dengan kejayaan 22-16, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 74 minit.

Justin meraih RM8,475.50 manakala Aidil terpaksa berpuas hati dengan RM4,275

Manakala gelaran perseorangan wanita menjadi milik pemain Indonesia, Yulia Yosephine Susanto.

Pemain pilihan ke-8 itu, bagaimanapun menghadapi tentangan sengit daripada pemain dari Malaysia, K. Lakshanaa sebelum menang 21-16, 21-19 dalam masa 50 minit. Yulia meraih RM8,475.50 manakala Lakshanaa pulang dengan RM4,275.50

Pasangan pilihan utama dari Singapura Yuyie Jin-Crystal Wong Jia Ying menepati ramalan apabila mudah memenangi perlawanan dengan pasangan Thailand Ornnicha Jangsathapornparn-Atitaya Povanon 21-12, 21-15.

Gandingan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing mincul juara berelu campuran selepas menundukkan Chen Tan Jie-Toh Ee Wei 28-21,21-15,21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI