fbpx

Buaya 4.57 meter ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya yang dianggarkan seberat kira-kira 500 kilogram itu bagaimanapun disahkan telah mati.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

MUKAH – Seekor buaya sepanjang 4.57 meter berjaya ditangkap di Sungai Batang Lassa di sini berhampiran Pengkalan Feri Daro hari ini.

Menurut orang awam, Jamaludin Sharaee yang berada di lokasi kejadian, reptilia tersebut dianggarkan seberat 500 kilogram.

“Buaya tersebut ditangkap menggunakan pancing buaya oleh dua orang pemuda dari sebuah firma yang berlesen di Sibu,” katanya ketika dihubungi tadi.

Jamaludin turut mengesahkan buaya tersebut kini sudah tidak bernyawa.

“Buaya ini akan dibawa ke Kuching untuk dilaporkan ke jabatan bertanggungjawab dan akan dikomersialkan,” katanya lagi.

Gambar reptilia tersebut yang diletakkan di bahagian belakang lori ketika berada dalam feri terbabit telah tular di laman sosial.

Pada 3 Oktober, 2016, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) di Johannesburg, Afrika Selatan, telah membenarkan buaya di Sarawak diburu untuk tujuan komersial.

Berikutan keputusan itu, buaya tidak lagi disenaraikan sebagai haiwan liar yang dilindungi seperti yang termaktub dalam Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Bagaimanapun, aktiviti pemburuan adalah terkawal dan hanya membabitkan di kawasan mempunyai populasi buaya yang tinggi. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI