fbpx

Pembinaan jalan lencongan sementara Felda Kepis-Senaling bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander hari ini meninjau keadaan tanah runtuh sehingga menyebabkan laluan simpang Jalan Negeri dari Juasseh Senaling dan simpang ke Perkampungan Felda Kepis ditutup sepenuhnya.

KUALA PILAH – Penduduk di Felda Kepis serta berdekatan boleh menggunakan kemudahan jalan raya melalui jalan lencongan sementara menggunakan turapan batu kerikil di laluan yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Felda Kepis, di sini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi satu kiriman di Facebook berkata, kerja-kerja pembinaan jalan lencongan sementara itu akan bermula esok.

Malah menurut beliau, kerja-kerja mengukur dan penyiasatan tapak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Manakala kerja-kerja rekabentuk serta arahan kerja kepada kontraktor akan dikeluarkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Pembinaan dijangka bermula pada awal Januari 2023 dan dijangka siap pada Jun 2023,” katanya hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan susulan sebuah video tular memaparkan kejadian tanah runtuh di sebuah daerah di Negeri Sembilan.

“Saya telah mendapatkan maklumat terperinci dari pegawai Kementerian Kerja Raya Malaysia dan JKR yang terlibat dan penjelasan mengenai insiden itu telah saya terangkan semalam.

“Tetapi kejadian tanah runtuh yang berlaku amat meresahkan dan saya turun sendiri ke Kuala Pilah pagi tadi untuk melihat beberapa kawasan lain yang terjejas teruk.

“Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual yang dijalankan oleh agensi Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan runtuhan lain turut melibatkan Laluan FT 1275 Seksyen 2.7 Jalan Felda Kepis sepanjang 30 meter dengan kedalaman runtuhan dianggarkan 10 meter,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kawalan lalu lintas juga dilaksanakan dengan meletakkan signboard.

“Laluan ditutup sepenuhnya di simpang Jalan Negeri dari Juasseh Senaling dan simpang ke Perkampungan Felda Kepis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI