fbpx

Banjir: Budak perempuan 2 tahun korban pertama di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan ahli keluarga Nur Hilwa Idris melakukan pertolongan cemas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu yang lemas di Kampung Apal, Jerteh, Besut hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas di Kampung Apal, Jerteh, Besut dekat sini hari ini.

Mayat mangsa, Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

Beliau berkata, sebelum kejadian, ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang.

“Dia tidak menyedari kanak-kanak tersebut dipercayai keluar melalui pintu dapur.
Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir.

“Kehilangannya hanya disedari kira-kira 40 minit kemudian. Orang kampung menjumpai mayat mangsa terapung di dalam parit berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohaimi berkata, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, sewaktu kejadian kawasan rumah ibu saudara mangsa itu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Saya menasihatkan ibu bapa dan penjaga lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka pada musim tengkujuh ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI