fbpx

Mayat mangsa jatuh Sungai Perak ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui tersangkut di kawasan ternakan ikan di Kampung Kubang Pekan dekat Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Mayat mangsa yang terjatuh ke dalam Sungai Perak dekat Kampung Kubang Pekan dekat sini tiga hari lalu akhirnya ditemui kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat mangsa, M. Chandran, 38, ditemui dalam keadaan terapung dan tersangkut di kawasan ternakan ikan di sini.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Parit menggunakan bot untuk mengambil mayat sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pencarian mangsa bermula pukul 8.30 pagi hari ini menggunakan bot dengan kaedah surface facing digunakan untuk tujuan tersebut.

Ujarnya, radius pencarian mangsa diperluaskan ke 20 kilometer dan operasi tamat pada pukul 2.20 petang selepas mayat ditemui.

Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika menjalankan kerja-kerja mengorek pasir.

Lelaki itu dilaporkan terkapai-kapai selepas jatuh ke dalam sungai sebelum dia hilang dibawa arus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI