fbpx

PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling bermula Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah berkuat kuasa Ahad ini sehingga 31 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu dikenakan susulan 25 kes positif Covid-19 direkodkan di kampung berkenaan setakat 12 Oktober lalu.

Beliau berkata, seramai 236 individu telah disaring secara bersasar dan diberikan arahan kuarantin wajib selama 14 hari di rumah dan memakai gelang kuarantin.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan membabitkan lima buah keluarga dan 100 masih menunggu keputusan saringan.

“PKPB ini akan membabitkan seramai 1,150 penduduk dan 151 buah rumah di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sidang mesyuarat turut bersetuju membenarkan pusat beli-belah, Kompleks One Utama Mall di Bandar Utama, Selangor kembali beroperasi mulai esok.

Menurutnya, kompleks beli belah itu ditutup pada 11 Oktober lalu bagi tujuan saringan Covid-19 kepada semua pekerja dan melakukan aktiviti pembasmian kuman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI