fbpx

Jordan haramkan TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan tayar terbakar semasa mogok di jalan utama bandar Maan, selatan Jordan, pada 16 Disember lalu. - KHALIL MAZRAAWI / AFP - Getty Imej

AMMAN – Jordan melaksanakan sekatan sementara’ terhadap platform media sosial TikTok, sehari selepas seorang pegawai polis terbunuh semasa bertempur dengan penunjuk perasaan yang membantah kenaikan mendadak harga bahan api, lapor saluran berita NBC News semalam.

Pemandu lori melancarkan mogok minggu lalu untuk membantah harga minyak diesel yang tinggi di Jordan. Mogok dan protes itu merebak ke sebilangan bandar di seluruh negara.

Pertempuran meletus di beberapa buah bandar pada Khamis lalu, dengan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Video mogok dan protes bahan api itu membanjiri TikTok. Susulan perkembangan tersebut, Direktorat Keselamatan Awam Jordan menyatakan, pihaknya menyekat aplikasi video pendek  popular itu dengan alasan penyalahgunaan dan gagal menangani penerbitan bersifat menghasut keganasan dan kekacauan.

Perkhidmatan Internet juga terganggu di bandar Maan, tempat pegawai polis itu dibunuh dan di Karak. Kedua-dua bandar itu menyaksikan bantahan terhadap kenaikan harga bahan api.

Protes itu reda kelmarin tetapi masih diteruskan. 

Sementara itu, pemerintah Jordan, Raja Abdullah II berikrar untuk ‘menangani penjenayah secara tegas’.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan keganasan terhadap anggota keselamatan kami  yang bekerja siang dan malam untuk melindungi Jordan dan penduduknya,” kata Baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Diraja.

Pihak berkuasa tidak menyatakan berapa lama sekatan TikTok akan dilaksanakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI