fbpx

Banjir: Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu di Bukit Abal, Pasir Puteh dinaiki air setinggi 0.3 meter selepas hujan lebat berterusan sejak semalam

PASIR PUTEH – Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu di Kampung Bukit Abal di sini ditutup untuk laluan kenderaan ringan selepas ditenggelami air bah setinggi 0.3 meter sejak tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, jalan tersebut dinaiki air sepanjang 500 meter berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurutnya, limpahan air sungai di Kampung Sungai Kelong di sini juga menyebabkan jalan berkenaan berisiko untuk laluan kenderaan ringan termasuk kereta dan motosikal.

“Keadaan itu turut menyebabkan 20 buah rumah di sekitar jalan tersebut dinaiki air. Pasukan bomba sedang memantau dan mengarahkan keluarga yang tinggal di kawasan rendah untuk berpindah sekiranya keadaan air banjir terus meningkat.

“Orang ramai yang ingin ke Kota Bharu atau kembali ke Pasir Puteh boleh menggunakan jalan alternatif menerusi Jalan Kampung Banir Belikong – Kedai Menanti – Jelor sementara menunggu keadaan kembali pulih selepas hujan reda,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini..

Menurut Azhar Elmi, orang ramai juga disarankan menggunakan jalan pantai melalui Tok Bali-Melawi-Bachok untuk ke Kota Bharu kerana laluan itu lebih selamat dan tidak ditenggelami air.

Dalam perkembangan berkaitan, pusat rekreasi Jeram Mengaji di Selising dekat sini ditutup kepada pengunjung bagi memastikan keselamatan orang ramai berikutan keadaan air dari bukit berhampiran semakin meningkat dengan arus yang deras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI