fbpx

Lebih 80 orang meninggal dunia akibat minum arak beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGERI Bihar mengharamkan penduduknya menjual dan meminum arak pada April 2016. - PTI Lebih 80 maut minum arak beracun

NEW DELHI – Lebih 80 orang meninggal dunia selepas minum arak beracun di negeri Bihar, timur India kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Penjualan dan pengambilan arak telah diharamkan di Bihar pada April 2016. Akibatnya, banyak kedai arak tanpa lesen muncul di negeri itu.

Dasar sekatan penjualan arak itu adalah salah satu manifesto utama dalam pilihan raya negeri pada tahun berkenaan yang mendorong kemenangan, Nitish Kumar sebagai Ketua Menteri Bihar.

Daerah Saran mencatat jumlah kematian tertinggi iaitu 66 orang, diikuti enam di daerah Siwan, manakala Begusarai merekodkan dua lagi kematian.

Nitish berkata, tiada pampasan diberikan sekiranya seseorang meninggal dunia selepas mengambil minuman keras palsu.

Kenyataan itu mendapat kritikan daripada pihak pembangkang yang diketuai oleh Parti Bharatiya Janata (BJP).

Timbalan Ketua Menteri Bihar, Tejashwi Yadav berkata, tindakan sedang diambil di lokasi insiden pengambilan arak toksik yang dilaporkan di negeri itu.

“Ketua Menteri, Nitish Kumar telah memberikan kenyataannya. Siasatan sedang dijalankan. Kebanyakan bekalan minuman keras adalah dari negeri Uttar Pradesh dan Haryana di mana BJP berkuasa dan mereka tidak melakukan sebarang siasatan.

“Kami mengetahui maklumat ini dari kediaman Ketua BJP, Vijay Sinha bahawa 108 botol arak telah ditemui,” kata Tejashwi, lapor agensi berita ANI.

Terdahulu , polis menemui beberapa karton minuman keras daripada sebuah trak di kawasan balai polis Sadar di daerah Muzaffarpur. Karton itu disembunyikan di bawah papan kayu.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC) mengeluarkan notis kepada kerajaan negeri Bihar dan ketua polis negeri berhubung tragedi itu pada Jumaat lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI