fbpx

Operasi pembersihan tumpahan minyak dijangka lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pembersihan tumpahan minyak turut ditumpukan di kawasan pokok bakau di Pantai Cermin dekat sini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Sebanyak 60 peratus kerja-kerja pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini selesai dilaksanakan setakat ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, sepatutnya kerja-kerja pembersihan yang selesai mampu mencapai 90 peratus namun pihaknya menemukan tompokan minyak baharu sejak semalam.

“Kami khuatir ada pihak yang cuba pula mengambil kesempatan dengan sengaja menumpahkan minyak di kawasan ini.

“Maklumat sudah diberi kepada pihak Jabatan Laut kerana sejak semalam kami menerima kehadiran minyak baharu dari laut. Kami khuatir proses pembersihan minyak ini akan mengambil masa yang lebih lama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Mohamad Azri, dalam operasi pembersihan yang memasuki hari keempat hari ini, pihak terlibat telah memasang ‘absorbent boom’ ataupun penyerap minyak sepanjang 150 meter di kawasan yang terjejas teruk termasuk do kawasan teluk di Tanjung Tuan, Melaka.

“Pada hari pertama hingga kedua kami mengumpulkan sisa minyak yang terkumpul berdekatan teluk namun disebabkan arus, minyak itu semakin banyak.

“Selepas kami menggunakan jentera kami melihat perkembangan positif cuma ambil masa kita nak mengawal minyak memandangkan masih ada tompokan di kawasan laut,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Mohamad Azri, pihaknya agak bimbang kerana esok dijangka akan mengalami air pasang besar yang boleh menyukarkan lagi operasi pembersihan.

“Kami khuatir kerana ada ramalan dijangka air pasang besar akan berlaku di kawasan ini dianggarkan lebih 3.2 meter air pasang. Apa yang merisaukan minyak tersebut boleh terkena tebing dan batu di rumah persendirian berdekatan akan menyukarkan operasi pembersihan.

“Pelan kami adalah mulai esok kami akan menggunakan operasi pembersihan secara manual dan membersihkan kawasan paya bakau,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI