fbpx

Tanah runtuh: Waris mangsa meraung hilang 4 ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Su Lee 59 (tengah), sebak selepas membuat tuntutan mayat anak, menantu, dan dua cucunya yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, di Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

SUNGAI BULOH – Seorang waris mangsa meraung kesedihan selepas membuat pengecaman empat ahli keluarganya di Hospital Sungai Buloh di sini, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, kelmarin.

Beh Su Lee, 59, yang merupakan ibu mangsa, kehilangan anak perempuannya dan menantu termasuk dua orang cucu iaitu seorang lelaki dan perempuan.

Difahamkan, anaknya bersama suami berusia dalam lingkungan 30-an serta dua cucunya berusia enam dan satu tahun itu meluangkan masa bercuti di Father’s Organic Farm sebelum ditimpa bencana tanah runtuh sehingga mengorbankan nyawa.

“Hari ini saya datang untuk buat tuntutan mayat. Semalam sudah buat tiga pengecaman dan hari ini lagi satu.

“Syukur, semua sudah dijumpai dan sekarang akan pergi (ke tempat pengebumian),” katanya sebak ketika ditemui selepas keluar dari Jabatan Forensik di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mayat empat ahli keluarga Su Lee turut dilihat keluar meninggalkan pekarangan Hospital Sungai Buloh lima minit lebih awal sebelumnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 15 daripada 24 mayat yang berada di Hospital Sungai Buloh di sini telah dikembalikan kepada waris serta ahli keluarga terdekat.

Setakat ini, Tinjaun Kosmo! di sini mendapati sebanyak enam mayat sudah dibawa keluar sejak dari pagi tadi menjadikan baki, tiga jenazah yang masih belum dituntut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI