BEKAS ahli kumpulan 2NE1, Minzy sedang berkabung atas kehilangan guru tarinya yang juga DJ terkenal, Stephen ‘tWitch’ Boss.
Stephen selama ini pernah menjadi guru tarian untuk beberapa selebriti popular K-Pop seperti se7en, Big Bang dan artis YG Entertainment yang lain termasuk Minzy.
Penyanyi itu dalam Instagramnya mendedahkan hubungan istimewa bersama mendiang yang dipercayai mati bunuh diri pada 14 Disember lalu.
“Saya berusia sekitar 14 tahun semasa berjumpa dengannya. Dia adalah guru tari saya yang telah mengajar banyak perkara.
“Terima kasih atas segalanya. Kami akan mengingati legasinya selalu. Perkhabaran ini masih terkesan buat saya.
“Kami sayang dan sangat rindukan awak, Stephen. Selamat tinggal buat awak,” luahnya.