fbpx

Waris 9 lagi mayat dimohon tampil segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah.

HULU SELANGOR- Keluarga sembilan mayat mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands Jumaat lalu, dimohon segera untuk tampil membuat tuntutan waris di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya semalam telah mengembalikan 15 mayat kepada waris serta ahli keluarga yang terlibat.

Katanya, 15 mayat itu terdiri daripada dua lelaki dan lapan perempuan dewasa, serta dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Saya mohon waris-waris keluarga terlibat atau rakan-rakan yang tahu tentang maklumat kejadian supaya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk pengecaman dan kenalpasti supaya urusan pengembalian mayat dipermudahkan.

“Setakat ini ada sembilan lagi mayat masih belum dituntut oleh keluarga atau waris. Saya mohon untuk buat laporan polis segera atau datang terus ke hospital pun boleh.

“Di sana ada pasukan khas yang akan menguruskan dokumentasi, penyerahan mayat mangsa dan sebagainya utk memudahkan keluarga dan waris yang terlibat,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, operasi yang sepatutnya dilakukan sehingga pukul 4 pagi tadi, telah ditangguhkan pada pukul 9 semalam ekoran hujan lebat, dan disambung semula pada pukul 8.30 pagi ini.

Katanya, lima komponen utama agensi penyelamat yang terdiri daripada 112 kekuatan anggota pegawai, dan tiga ekor anjing pengesan akan digerakkan pada hari operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Setakat semalam, 24 disahkan maut manakala 9 lagi masih belum ditemui daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI